Rasulullah SAW banyak di caci maki di Era Informasi, dihina, dilecehkan, dibully. Apakah karena Rasulullah SAW punya kejelekan? Bukan. Itu semua karena para pencela tidak mampu melebihi kehebatan Rasulullah SAW dan mereka tersudutkan dengan kelebihan beliau. Kisah ini bukti bahwa Rasulullah SAW memiliki informasi yang super canggih terhadap masa depan (Era para sahabat, sepeninggal beliau).
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar r.a. dan Saidina
Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya
sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu.
Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia
dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau
berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Saidina
Umar dan Saidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah SAW:
“Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."
Memang
benarlah kata-kata Rasulullah SAW, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di
zaman Saidina Umar dan Saidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari
kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga
dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia
orang yang Rasulullah SAW maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais
dianggap sebagai seorang yang kurang waras.
Uwais
Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni
putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit
sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang
ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan
keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi.
Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai
beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais
bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya
berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari
perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi
menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang
diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan,
selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan
yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk
membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin
uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan
bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”
Uwais
mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan
sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah
‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit).
Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu
untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu
turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya
setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit
tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini
menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.
Memang
pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari
mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun
sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu
yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi
100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan
dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap
hari.
Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji,
rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa
ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke
Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan
barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang
beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih
ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua
tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang
Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua
tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga."
Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini."
Uwais
berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan.
Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur
dengan Allah Ta’ala."
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa."
Akhirnya
Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais
lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan
putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia
takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah!
Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan
tinggalkanlah sedikit.”
Allah SWT lalu menyembuhkan serta
merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu
tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada
Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka
inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah SAW kepada Saidina Umar
dan Saidina Ali: "Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan
putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais
al-Qarni."
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia.
Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah
menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar
dan Saidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang
diperintahkan oleh Rasulullah SAW, mereka meminta supaya Uwais berdoa
agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika
Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:
“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat
Rasulullah SAW kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan
aku." Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah
itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya
kepadanya: "Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Saidina
Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah
agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai
sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.” (HR Muslim)
Demikianlah
kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang
Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar